Kata-kata aluan

Selamat datang ke Blog Majlis Guru Cemerlang Batu Pahat.
Segala input berkaitan dengan aktiviti dan kegiatan MGC Batu Pahat akan dipaparkan dalam blog ini. Tuan dan puan juga digalakkan untuk menyumbangkan bahan dan idea untuk memurnikan lagi blog ini.

MAKLUMAT TERKINI


KEPADA SEMUA GURU CEMERLANG DAERAH BATU PAHAT:

1.SEKIRANYA BERMINAT UNTUK MENJADI PENYUMBANG BAHAN DALAM BLOG MGC BATU PAHAT SILA EMAILKAN KEPADA SAYA monizam2006@yahoo.com

2.Mesyuarat AJK MGC Batu Pahat akan diadakan pada ketetapan berikut:
15 SEPTEMBER 2011
Hari Khamis
Jam 11.00 pagi
Tempat : PKG Tongkang Pechah SK Bandar.
Harap maklum.

Bahan Ceramah Seminar MGC Batu Pahat 2010

NKRA
oleh En Zainal Bin Mohamad
Timbalan Ketua Nazir Negari Johor
Jemaah Nazir dan Jaminan kualiti Negeri Johor

En Azizul Rahman bin Abdul Rahman
Guru Cemerlang Gred Khas C

04 March 2010

LATIHAN BM MASA CUTI UNTUK CALON SPM 2010...IKHLAS DRP: RAMLI YAHYA

Kepada calon-calon SPM 2010, untuk mengetahui latihan untuk cuti sila baca seterusnya dengan menekan read more,,,,,,


Soalan 1 - Soalan Karangan Respons Terbuka
Tulis satu karangan berdasarkan tajuk di bawah. Panjang karangan anda mestilah lebih daripada 350 patah perkataan. Tulis karangan anda dalam buku latihan karangan.
Sesuai dengan zaman teknologi maklumat dan komunikasi, komputer telah menjadi alat yang sangat penting dalam kehidupan. Huraikan faeda-faedah yang akan diperoleh jika anda mahir menggunakan komputer.
Soalan 2 - Kajian Novel (Putera Gunung Tahan)
Jawab kedua-dua soalan di bawah dalam buku latihan Kajian Novel.
a. Huraikan DUA peristiwa yang menyayat hati anda apabila membaca novel Putera Gunung Tahan
b. Huraikan TIGA unsur nasihat yang terdapat dalam novel Putera Gunung Tahan.
Soalan 3 - Tatahabasa
Jawab soalan tatabahasa di bawah dalam buku latihan Tatabahasa
Tulis satu ayat daripada setiap perkataan atau rangkai kata di bawah. Sila gunakan kamus untuk menyelesaikan tugasan anda ini.
1. sauk
2. sauh
3. timba
4. timpa
5. tempoh
6. tempuh
7. selekeh
8. selekoh
9. orang besar
10. orang besar-besar
11. kata putus
12. kata hikmat
13. nilai tambah
14. tambah nilai
15. sabung-mmenyabung
16. jongkang-jongket
17. gilang-gemilang
18. generasi pascamerdeka
19. dasar langit terbuka
20. pendidikan berkualiti

No comments: